Aktiviti Bulanan



Senarai aktiviti utama dan rasmi
Persatuan Penduduk Desa Pinggiran Putra DPP



Oktober 2012


Tarikh/
Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
20 Okt Sabtu, 9.00 -11.30 mlm
Taklimat Keselamatan oleh PDRM IPD Dengkil
200 orang
20 Okt Sabtu, 9.00 -11.30 mlm
Pembubaran Jawatankuasa Desa Pinggiran Putra Fasa 1 (Seksyen Banglo /Semi D) dan Perlantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Baru Sesi 2012-2014
200 orang
Perlantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Baru Sesi 2012- 2014. Ucapan dan  taklimat ringkas disampaikan oleh YBhg Dato’ Pengerusi
27 Okt, Sabtu, 8.30 – 1.00tgh
Majlis Qurban Perdana telah diadakan.
70 orang
6 ekor lembu telah disembelih dan dagingnya diagih-agih serta dimasak untuk penduduk yang hadir



November 2012

Tarikh/
Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
1 Nov, Khamis, 8.45-11.00
Mesyuarat AJK Baru Bil 1/2012 diadakan. Lokasi: Rumah YBhg Dato’ Pengerusi
30 orang
Membincangkan perancangan dan hala tuju Persatuan DPP S1
Menubuhkan beberapa Jawatankuasa untuk mengendalikan Persatuan
Membincangkan cadangan mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan DPP S1
3 Nov Sabtu, 12.00tgh
Facebook Desa Pinggiran Putra Seksyen 1 (DPP S1) dilancarkan
Medium untuk menyebarluas segala maklumat aktiviti DPP S1

Disember 2012

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
2 Dis, Ahad, 8.00 – 9.30pg
Majlis Gotong-Royong penduduk di Padang Permainan Kanak-kanak Jalan Persiaran Putra (Padang Permainan 1)
25 orang
2 lori pasir telah digunakan untuk menambak lopak-lopak air di kawasan padang.
15 Dis, Sabtu, 8.00 -9.00pg
Senam Robik dan Jogging Keluarga di Padang Permainan 1
20 orang
Majlis merapatkan hubungan di kalangan para penduduk DPP Banglo, Semi-D setingkat dan Semi-D 2 tingkat
16 Dis, Ahad 10.30 – 3.00 ptg
Majlis Silaturrahim dan Akikah cucu YBhg Dato’ Pengerusi. Lokasi: Rumah YBhg Dato’ Pengerusi.
200 orang
Majlis merapatkan hubungan di kalangan para penduduk DPP Banglo, Semi-D setingkat dan Semi-D 2 tingkat
18 Dis, Selasa, 9.00 – 11.00mlm
Mesyuarat Persiapan Majlis Makan Tahunan DPP S1. Lokasi: Rumah YBhg Dato Pengerusi.
20 orang
Mesyuarat membincangkan persiapan menu, khemah dan peralatan PA system, jemputan dan sebagainya
30 Dis
Ahad, 8.00-9.30pg
Majlis Gotong-Royong Penduduk DPP S1 (Padang Permainan 1)
15 orang
Pasir-pasir telah dialihkan dan ditambak ke kawasan padang yang rendah bagi menutup lopak air.

Januari 2013

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
2 Januari
Rabu
9.40 – 10.20mlm
Taklimat penubuhan Rukun Tetangga DPP S1 disampaikan oleh;
  I.    En Abdul Halim Omar – Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor
 II.    Puan Sheela Suresh Kee – Pegawai JPNIN Daerah Sepang
III.    En Musa – Penolong Pegawai JPNIN Daerah Sepang
Lokasi: Rumah YBhg Dato’ Pengerusi
50 orang
Borang permohonan penempatan kawasan Rukun tetangga diserah pada S/U
Mesyuarat khas membincangkan penubuhan Rukun Tetangga DPP S1 akan dibincangkan terperinci dalam mesyuarat akan datang
2 Januari Rabu, 10.20 – 11.40 mlm
Taklimat persiapan terakhir Majlis Makan Malam Tahunan DPP S1. Lokasi: Rumah YBhg Dato’ Pengerusi.
50 orang
1.   Surat-surat serta kad-kad undangan telah diedarkan melalui S/U dan Penghulu-Penghulu Mukim
2.   Peralatan khemah akan dipasang pada 3 & 4 Jan 2013
3.   Majlis rewang kenduri akan diadakan pada pagi 5 Jan 2013
4.   Lain-lain program adalah mengikut tentatif yang disediakan.
5 Januari Sabtu, 8.00 pagi 12.30tgh
Persiapan Jamuan Makan Malam Tahunan DPP S1 di Masjid Jamiul Rahimah, Kpg Limau Manis
70 orang
Seekor lembu disembelih oleh penduduk dan masakan disediakan oleh tukang masak masjid dengan dibantu oleh para penduduk DPP S1.
5 Januari Sabtu, 7.45 – 11.00mlm
Makan Malam Tahunan DPP S1 di Padang Permainan 1 
1,000 orang
Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr Aseh bin Haji Che Mat – Presiden Perbadanan Putrajaya. Para tetamu dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS), PDRM dan penduduk sekitar kejiranan DPP turut memeriahkan majlis ini.
   
6 Januari Ahad, 5.00 – 6.30 ptg
Route test Bas Nadi Putra ke Putrajaya
10 orang
Wakil penduduk dibawa melihat route yang bakal dilalui oleh Bas Nadi Putra
11 Januari Jumaat 9.00 -11.00mlm
Post-mortem Majlis Makan Malam Tahunan DPP S1 dan Mesyuarat Persatuan Penduduk DPP S1 Bil. 1/2013. Lokasi: Rumah YBhg Dato’ Pengerusi
45 orang
Keputusan utama:
1.   Ucapan terima kasih dari YBhg Dato’ Pengerusi kepada semua pihak kerana menjayakan majlis Makan Malam DPP S1.
2.   Cadangan penubuhan KRT telah diluluskan oleh 30 ahli AJK DPP Seksyen 1. Ahli-ahli JK kesemuanya diserap ke dalam KRT.
3.   DPP Seksyen 1 ditukar nama secara rasmi kepada DPP Zon Jalan 1 (DPP ZJ1)
4.   Sebuah pondok KRT/SRS akan cuba diwujudkan setelah KRT DPP ZJ1 beroperasi
5.   Perkhidmatan Bas Nadi Putra akan bermula operasi di DPP pada Isnin, 21 Januari 2013. Peta laluan telah ditampal di kawasan-kawasan strategik di sekitar DPP.

Februari 2013

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
3 February, Ahad 8.00 - 9.00 pg
Senam Robik anjuran Biro Wanita DPP ZJ1 dan acara jogging oleh peserta lelaki. Lokasi: Padang Permainan 1 Kanak-kanak Jalan Persiaran Putra
30 orang
Program ini perlu diaktifkan lagi dengan promosi

Mac 2013

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
22 Mac, Jumaat 9.00 -10.40 mlm
Mesyuarat Persatuan Penduduk Bil 2/2013 bertempat di Rumah Y.Bhg Dato’ Pengerusi  
40 orang
Agenda utama:
1.  Membincangkan dan mengemaskini cadangan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) DPP ZJ1.
2.   Semua AJK diminta mengisi borang KRT yang disediakan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan menyerahkannya kepada Tuan Setiausaha.

April 2013

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
Tiada aktiviti yang dijalankan bulan ini

Mei 2013

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
1 Mei, Rabu, 8.00 -10.30 pagi
Pelancaran Unit Berbasikal SRS kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Jalan 1 – Dirasmikan oleh YABhg Tun Abdul Hamid Mohamad. Bertempat di Padang Permainan 1 dan rumah YBhg Dato’ Pengerusi.
200 orang
1.   Majlis dimulakan dengan acara senamrobik oleh para penduduk diikuti oleh upacara melepaskan peserta berbasikal mengelilingi DPP ZJ1 secara berkumpulan.
2.   Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan pemberian cenderahati sumbangan dari syarikat Tesco dan sahabat-sahabat kejiranan DPP ZJ1
22 Mei, Rabu 10.00 – 10.30 pagi
Surat dan borang penubuhan KRT/SRS dihantar ke JPNIN Sepang untuk pemprosesan. Pertemuan Tuan Setiausaha dengan En Musa; Pegawai JPNIN Sepang.
2 orang
1.   Surat akuan penerimaan permohonan dari  JPNIN bertarikh 28 Mei 2013 telah dikeluarkan.

Jun 2013

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
14 Jun, Jumaat 9.30 – 10.30 mlm
Perjumpaan Ahli Majlis Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP), Zon Pinggiran Putra Majlis Perbandaran Sepang (MPS): En Mohamad Azif b Mohamad Aris dengan wakil-wakil penduduk Desa Pinggiran Putra Zon 1,2,3,4. Pertemuan di Dewan Awam DPP.
11 orang termasuk wakil-wakil dari DPP lain.
1.   DPP Zon Jalan 1 diwakili YBhg Dato’ Timbalan Setiausaha dan Tuan Setiausaha.  Agenda MPS adalah untuk mendapatkan maklum balas perkembangan dan masalah di taman perumahan DPP
17 Jun, Isnin 9.00 -10.30 mlm
Majlis kesyukuran dan pertemuan dengan AJK, AJKK DPP ZJ1 serta pasangan. Lokasi: Rumah YBhg Dato Pengerusi
80 orang ahli-ahli JK dan keluarga dan kenalan YBhg Dato’ Pengerusi
 Memaklumkan perkembangan penubuhan KRT DPP ZJ1 dalam proses akhir
Perancangan untuk membuat baju t-shirt rasmi KRT/SRS DPP ZJ1

Julai 2013

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
10 Julai, Rabu
DPP ZJ1 telah mendapat kelulusan untuk penubuhan KRT dan akan dikenali sebagai Kawasan Rukun Tetangga Desa Pinggiran Putra Jalan 1 (KRT DPPJ1). No Pendaftaran: 10077258
Maklum kepada YBhg Dato’ Pengerusi dan JK.
Notis pertemuan Majlis Berbuka Puasa akan diadakan pada 15 Julai 2013.
15 Julai, Isnin 7.00 – 10.00 mlm
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih AJK dan AJKK Penduduk DPPJ1 serta Mesyuarat Khas Bil 3/2013 sempena kejayaan DPPJ1 mendapat taraf Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari JPNIN Sepang, Selangor.
50 orang tetamu termasuk AJK dan AJKK DPPJ1
Penyerapan lantikan AJK dan AJKK terdahulu telah dipersetujui sebulat suara oleh semua AJK dan AJKK.
Empat penama iaitu YBhg Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan seorang AJK dipersetujui untuk membuka sebuah akaun baru bagi KRT DPPJ1.
50 baju KRT/SRS, 50 topi KRT/SRS dan 20 vest KRT/SRS telah ditempah untuk dipakai secara rasmi oleh AJK/AJKK dalam mesyuarat. Vest akan digunakan secara bergilir-gilir semasa tugasan SRS.
22 Julai 2013, Isnin 12 tgh
Laman blog komuniti KRT DPP J1 iaitu krtdppj1@blogspot.com telah dilancarkan secara online untuk penyaluran maklumat kepada masyarakat
Maklumat terkini mengenai aktiviti KRT/SRS DPP J1 akan dimuat turun ke dalam laman blog dan facebook setiap masa.
Ogos 2013



Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
6 Ogos 2013, Selasa 7.15 – 9.30 malam  
Majlis Berbuka Puasa KRT DPP J1 bersama warga RELA DPP dan Kpg Limau Manis
35 orang
Pihak warga KRT DPP J1 telah bermurah hati mengumpul wang dan menyumbangkan duit raya kepada semua anggota RELA Gugusan DPP dan Kpg Limau Manis sebagai tanda penghargaan anggota RELA menjaga keselamatan DPP.


September 2013


Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
2 Sept. 2013, Isnin 8.00 -11.00 malam
Majlis Aidil Fitri KRT DPP J1 dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Aseh bin Hj Che Mat – Presiden Perbadanan Putrajaya dan turut dihadiri warga penduduk setempat.
550 orang
Acara tahunan diserikan dengan pemberian duit raya dan goodies  kepada 40 orang anak-anak yatim. Hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah dan persembahan live band.
22 Sept 2013,  Ahad 9.30 – 10.30 malam
Mesyuarat Khas Persiapan Majlis Qurban Perdana KRT DPP J1
30 orang
Mesyuarat memutuskan Majlis Qurban akan diadakan pada Selasa 15 Oktober 2013 di Dataran Qurban Jalan 1/5 DPP
Seramai 42 orang warga akan melakukan ibadah tersebut dengan 6 ekor lembu akan diqurbankan. Daging-dagingnya akan diagih dan dimasak untuk dinikmati bersama oleh warga penduduk.
Khemah akan dipasang pada Ahad 13 Oktober 2013 dan persiapan peralatan memasak perlu disiapkan pada Isnin 14 Oktober 2013.


Oktober 2013
Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
5 Okt 2013, Sabtu 7.00 - 9.45 malam
Solat hajat, tahlil dan ceramah anjuran KRT DPP J1 kali ke 4 di Jalan DPP 1/1
70 orang
Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Masjid Kpg Limau Manis; Ustaz Shafie
Jemaah dihidangkan dengan jamuan secara potluck sumbangan warga penduduk
14 Okt. 2013, Isnin 9.30 – 11.00 malam
Takbir raya rumah ke rumah di kejiranan DPP J1 selepas solat isyak diikuti Mesyuarat Khas Bil 4/2013 bagi memaklumkan penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT DPP J1  sebagai sayap ketiga menjaga keselamatan di KRT DPP J1
25 orang
Mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan penubuhan SRS demi menjaga keselamatan taman dan mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk.
Borang permohonan dan keahlian SRS dihantar ke JPNIN Sepang pada Khamis 17 Oktober 2013
15 Okt 2013, Selasa 9.00pg – 2.00 ptg
Majlis Qurban Perdana KRT DPP J1
150 orang
Seramai 42 orang peserta qurban dengan 6 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya diagih dan dimasak sup untuk jamuan warga penduduk.
29 Okt 2013, Selasa
Kelulusan penubuhan SRS KRT DPP J1 diperolehi dari JPNIN Selangor.
Satu mesyuarat akan diadakan pada 14 Nov 2013 bagi merangka langkah seterusnya penubuhan SRS.

November 2013
Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
14 Nov 2013, Khamis. 9.15 – 10.30 malam
Mesyuarat Khas Bil 5/2013 bagi membincangkan persiapan hari pelancaran SRS KRT DPP J1 yang dijadualkan pada Sabtu, 16 November 2013 jam 5.00-7.00 petang
30 orang
Pihak Setiausaha akan membuka kaunter pendaftaran ahli SRS baru. Peserta awal akan mendapat sehelai T-Shirt dan topi KRT/SRS DPP J1
Surat Jemputan dan aturcara program telah diedarkan kepada pihak JPNIN, Polis, RELA dan penduduk.
Acara flag-off, taklimat JPNIN dan jamuan turut disenaraikan.
16 Nov 2013, Sabtu. 5.00-7.00 petang
Pelancaran Skuad SRS berbasikal KRT DPP J1 oleh Y.A.Bhg Tun Abdul Hamid bin Mohamed – Penaung Persatuan Penduduk DPP J1
100 orang termasuk pegawai JPNIN, pasukan RELA dan PDRM setempat
Kaunter pendaftaran dibuka untuk mendaftar ahli SRS baru
Acara flag-off dilakukan tanda perasmian pasukan berbasikal SRS
Taklimat SRS oleh En Firdaus dari JPNIN Selangor
18 Nov, Isnin 7.00 – 10.00 mlm
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Penduduk (JPP) Zon DPP. KRT DPP J1 diwakili oleh Tuan Setiausaha
7 orang wakil-wakil penduduk dan surau DPP
Mesyuarat membincangkan hala tuju dan program yang bakal dijalankan oleh JPP untuk tahun 2014.


Disember 2013

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
Disember
Rondaan SRS secara mingguan. Aktiviti kenduri kendara



Januari 2014

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
12 Jan 2014, Ahad 11.30 – 3.30 petang
Tahlil dan Majlis Kesyukuran di rumah YBhg Dato Penasihat KRT DPP J1
200 tetamu

13 Jan 2014,  Isnin. 12.00
Kerja-kerja pembinaan tapak Pusat Khidmat Komuniti RELA dijalankan

21 Jan. 2014 – Kabin diletakkan di tapak binaan sedia ada.

26 Jan. 2014 – Kabin telah siap dibina.
13 Jan 2014 Isnin 9.00 mlm
Majlis Kesyukuran Sempena Maulidur Rasul di rumah YBhg Dato’ Seri Pengerusi 
120 tetamu

31 Jan 2014, Jumaat 3.00 - 5.30 petang
Majlis gotong royong membersih kawasan tapak Pos Kawalan SRS KRT DPP J1
80 orang termasuk wakil dari PDRM dan RELA
Membersihkan kawasan semak, meratakan tanah bagi tapak pos tambahan SRS dan menanam pokok landskap

February 2014

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
7 Feb 2014 Jumaat 11.00 -12.00 pagi
Majlis penyerahan kunci Pusat Khidmat Komuniti RELA KRT DPP J1
12 orang
Kunci disimpan oleh Ketua Keselamatan SRS Dato’ Amir Hamzah
16 Feb 2014, Ahad 9.00-11.00mlm
Mesyuarat Kecil Khas Komuniti
30 AJK
Proses pengindahan komuniti akan diteruskan dengan sumbangan warga dan sahabat KRT yang menggalakkan

Majlis Kesyukuran JK KRT akan diadakan dalam masa terdekat – tarikh akan dimaklumkan

Bantuan Jabatan Perhilitan diperlukan bagi memasang perangkap mengatasi gangguan monyet dan kera liar
22 Feb 2014, Sabtu 9.00 -11.00 pagi
Gotong–royong mingguan KRT/SRS DPP J1
25 orang
Mengecat dan mengindahkan Pusat Komuniti KRT DPP J1

Mac 2014

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
8 Mac 2014, Sabtu 9.00 -11.30 mlm
Mesyuarat Bil 1/2014 KRT/SRS DPP J1
30 orang
Jamuan Kesyukuran anjuran DS Pengerusi pada Jumaat 28 Mac 2014 jam 9.00 malam sebagai penghargaan kepada  warga penderma Pusat Komuniti KRT /SRS DPP J1.

Dana pembinaan Pusat Komuniti KRT SRS DPP J1 sehingga 8 Mac 2014  sebanyak RM20,315 hasil kutipan dari warga penduduk selama sebulan. Kerja-kerja binaan dan pengindahan landskap dilakukan secara gotong royong Penyambungan eletrik dan air sedang dijalankan.

Pelancaran Skuad Muda JPJ oleh YBhg Datuk Seri Pengerusi bagi membantu pihak JPJ dan agensi keselamatan lain memantau kes lumba haram/rempit serta kesalahan jalan raya oleh warga kejiranan DPP. Sebanyak 250 t-shirt dan cap Skuad Muda JPJ diagih-agihkan pada Jawatankuasa yang hadir.
28 Mac 2014, Jumaat 9.00 -11.30mlm
Majlis Makan Malam Penghargaan kepada semua warga dan jawatankuasa yang menjayakan pembinaan Pusat Komuniti KRT/ SRS DPP J1.
100 orang
Penyediaan makanan secara gotong royong dan potluck oleh warga penduduk.
31 Mac 2014, Isnin
10.00 -11.00 pagi
Lawatan KP RELA dan pimpinan RELA Selangr dan Persekutuan ke Pusat Komuniti KRT/SRS dan Pusat Khidmat Komuniti RELA DPP   
12 orang
RELA akan terus bekerjasama membantu menjaga keselamatan di DPP.

RELA akan bersama-sama KRT SRS DPP J1 dalam majlis perasmian Pusat Komuniti KRT pada 11 Mei 2014 kelak.

April 2014

Tarikh/ Hari/ Waktu
Perkara
Bilangan kehadiran
Tindakan
4 April 2014 Jumaat 10.45 – 11.45 mlm
Mesyuarat Kecil Penyelarasan Majlis Makan Malam Tahunan dan Perasmian Pusat Komuniti KRT/SRS –RELA DPP J1
15 orang
Majlis akan diadakan pada Ahad, 11 Mei 2014 jam 8.00 malam. Surat undangan akan dikeluarkan. Perasmian oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Aseh bin Hj Che Man – Presiden Perbadanan Putrajaya.


 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com