Tabung Khairat

Tabung ini ditubuhkan bagi mengutip yuran keahlian jemaah dan penduduk kariah Masjid Jamiurrahmah, Kpg Limau Manis. Setiap ahli boleh membayar yuran keahlian khairat kematian ini secara bulanan atau tahunan sekaligus kepada wakil-wakil yang dilantik oleh pihak masjid.

Wang ini kemudian akan digunakan sebagai kebajikan untuk menguruskan kos menguruskan jenazah ahli khairat yang meninggal dunia sehingga proses pengebumian di tanah perkuburan Raudatul Jannah di Kpg Limau Manis ini. Ahli-ahli kariah masjid digalakkan menyertai tabung ini bagi menjaga kebajikan sendiri dan kaum keluarga  mereka jika berlakunya kematian.

Fasa pertama kerja-kerja membersih semak dan merata tanah telah dijalankan . Sementara fasa kedua  bagi kerja-kerja baik pulih tanah perkuburan ini sedang rancak dijalankan dengan membina pagar keliling berupa tembok batu dan pagar dawai selain pembinaan Rumah Wakaf untuk penziarah.  Semoga pada masa Aidil Fitri nanti dapat memberikan keselesaan kepada para penziarah.

Pihak yang berminat boleh menemui pihak Nazir Masjid Jamiurramah untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut akan dikemaskini dan borang akan diupload kemudian.

Borang khairat yang telah dicetak dan dilengkapkan boleh dihantar kepada pihak Nazir Masjid.   
 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com