Ikatan Relawan Rakyat Malaysia - RELA DPP J1

Pasukan RELA DPP J1 telah ditubuhkan pada Januari 2013 dan dianggotai oleh 25 orang anggota yang meronda di seluruh kawasan perumahan Desa Pinggiran Putra meliputi zon Jalan 1 hingga zon Jalan 5 selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
 
Datuk Ketua Pengarah RELA juga merupakan salah seorang warga KRT DPP J1



Keberadaan dan penugasan para anggota RELA di kejiranan DPP sedikit sebanyak dapat membantu tugas-tugas anggota polis dan penduduk di DPP dalam mengekang dan mengurangkan kadar jenayah di kawasan kejiranan ini. Malah anggota RELA DPP juga menjalinkan kerjasama erat dengan pasukan RELA dari kejiranan Kampung Limau Manis. 


YBhg. Dato' Pengerusi bersama salah seorang anggota RELA DPP J1 semasa pelancaran pasukan peronda berbasikal DPPJ1 pada Rabu, 1 Mei 2013.
Selain itu anggota RELA DPP juga sering membantu para penduduk terutama sekali mengawal lalu lintas di kawasan ini sekiranya ada penduduk yang mengadakan majlis-majlis keraian di sini. Pihak KRT DPP J1 turut melibatkan para anggota RELA dalam setiap program yang melibatkan penduduk di sini.

Foto-foto Majlis Berbuka Puasa KRT DPP J1 bersama RELA pada Selasa 6.8.2013





Lawatan KP RELA ke Pusat Khidmat Komuniti RELA DPP telah diadakan pada Isnin, 31 Mac 2014 yang lalu disambut oleh Timbalan Pengerusi KRT merangkap Ketua SRS DPP J1. Dalam lawatan tersebut KP RELA berharap agar hubungan kerjasama lautan biru antara RELA - KRT/SRS akan meningkatkan lagi perpaduan dan keselamatan di DPP keseluruhannya.

Kami warga DPP J1 ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan pondok keselamatan RELA yang menjadi ikon RELA di Selangor ini.  

Lawatan KP dan pimpinan RELA ke Pusat Komuniti KRT/SRS DPP J1

Foto di hadapan Pusat Khidmat Komuniti RELA DPP J1 

 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com