Sekapur Sireh

Assalamualaikum w.b.t

Foto hiasan: YBhg Dato' Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada peserta tetamu yang menghadiri Majlis Pelancaran SRS Berbasikal DPP J1 pada 1 Mei 2013 
Terima kasih kerana mengunjungi laman blog Komuniti KRT Desa Pinggiran Putra Jalan 1 (KRT DPP J1). Laman blog ini diwujudkan hasil keputusan Mesyuarat DPP ZJ1 Bil 1/2012 pada Sabtu 1 November 2012.

Selaras dengan perkembangan dan kepesatan teknologi maklumat, pihak Persatuan merasakan kepentingan diwujudkan sebuah blog rasmi bagi menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan perkembangan aktiviti semasa bagi Persatuan Penduduk di Desa Pinggiran Putra Jalan 1 ini.

Sebelum ini pihak kami telahpun berjaya melancarkan laman facebook Komuniti KRT Desa Pinggiran Putra Jalan 1 pada Selasa 4 November 2012. Selain itu pelbagai aplikasi terkini ICT lain turut digunakan seperti Hotmail, Yahoo dan WhatsApp dalam memudahkan komunikasi dan penyampaian maklumat di kalangan ahli DPP J1 dan pengunjung setia kami.

Dengan adanya kelulusan bagi penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) DPP J1 pada  Jumaat 14 Jun 2013, maka Persatuan perlu lebih aktif menganjurkan aktiviti dan menyebarkan maklumat tersebut bagi melahirkan persekitaran kejiranan yang harmoni, bersatu-padu dan saling bekerjasama. Ini selaras dengan aspirasi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Biro Wanita KRT DPP J1 turut berganding bahu menjayakan program gotong royong menyediakan masakan untuk Majlis Makan Malam Tahunan DPP J1, 5 Januari 2013. Program ini diadakan di Masjid Jamiurahmah, Kpg Limau Manis.
Berdasarkan hasrat tersebut, maka dengan bangganya kami melahirkan satu lagi inovasi dalam penyampaian maklumat DPP J1 kepada seluruh masyarakat di negara ini pada Ahad 21 Julai 2013 bersamaan 12 Ramadhan 1434H
Selamat melayari blog kami ini. Kami berharap anda berpuas hati.

Wassalamualaikum wbt

Moderator



 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com