Lokasi/Peta


View Larger Map

DPP J1 terletak di dalam Mukim Sg Merab dan kariah Kpg Limau Manis. Dari segi pentadbiran kawasan ini diletakkan di bawah penyelenggaraan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dalam DUN Dengkil dan Parlimen Sepang. Namun disebabkan kedudukannya yang turut terletak berhampiran sempadan dengan Putrajaya, Sepang, Bangi dan Kajang, ia sering menimbulkan kekeliruan ramai pihak terutamanya kepada para pengunjung yang pertama kali dan tidak biasa dengan lokasi ini.


Secara mudahnya, kawasan DPP J1 terletak di laluan Lebuhraya Persiaran Selatan di antara Putrajaya International Convention Centre (PICC) Presint 5, Putrajaya dengan Alamanda Putrajaya di Presint 16. Lokasi GPRS DPP ZJ1 adalah 2 54' 29" N dan 101 42' 37" E.


Kadangkala DPP J1 juga dikenali secara tidak rasmi sebagai Presint 18, Putrajaya kerana ia bersempadan dengan kawasan berbukit di perkampungan Limau Manis. Malah beberapa bangunan di kawasan Putrajaya dapat dilihat dengan jelas sekali di kawasan perumahan ini.



Lokasi yang berhampiran dengan Putrajaya ini menyebabkan nilai hartanah dan kadar sewa di kawasan ini semakin tinggi dan menjadi idaman para pembeli dan pemaju perumahan. Secara puratanya terdapat 3 jenis kategori rumah di DPP J1 iaitu Banglo Setingkat, Banglo 2 Tingkat dan Semi-D 2 Tingkat. Namun kini amat sukar untuk mencari rumah sewa atau rumah untuk dijual di kawasan penempatan ini.
 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com