Skuad SRS

Program SRS telah dilancarkan secara tidak rasmi pada Rabu 1 Mei 2013 dengan para penduduk di DPP J1 telah merintis penubuhan skuad rondaan berbasikal. Meskipun pihak RELA dan PDRM DPP sering mengadakan rondaan di kawasan ini, namun penubuhan unit berbasikal KRT DPP J1 ini dapat mengeratkan lagi persahabatan di kalangan penduduk bagi memelihara keselamatan taman di samping menyemai aktiviti rekreasi yang sihat.

Majlis flag-off tanda perasmian penubuhan skuad SRS KRT DPP J1
Pihak pengurusan KRT telah sebulat suara menyokong penubuhan Skuad SRS KRT DPP J1 melalui keputusan Mesyuarat Khas Bil 4/2013 pada Isnin 14 Oktober 2013. Permohonan telah dihantar pada Khamis 17 Oktober 2013 ke JPNIN Sepang dan pada Selasa, 29 Oktober 2013 penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT DPP J1 telah diluluskan JPNIN. Majlis pelancaran rasmi Skuad SRS KRT DPP J1 telah berjaya dilancarkan pada Sabtu, 16 November 2013 dengan kehadiran hampir 150 warga KRT DPP J1, pasukan RELA dan Polis DPP.

Pada hari tersebut seramai 25 ahli skuad SRS berbasikal dilancarkan secara rasmi dengan rondaan pertama SRS bermula pada malam Ahad 17 November 2013. Bilangan ahli SRS sentiasa ditambah bagi memantapkan lagi skuad rondaan KRT DPP J1.

Antara skuad berbasikal SRS KRT DPP J1

Antara ahli skuad rondaan malam SRS KRT DPP J1
Sebahagian ahli Skuad SRS KRT DPP J1 yang menjalankan tugasan rondaan malam
Mesyuarat SRS di Pusat Komuniti KRT/SRS

Pusat Komuniti KRT/SRS DPP J1 yang masih dalam pembinaan - Foto 22 Februari 2014

Berita berkaitan;

Foto Hiasan: Pondok SRS yang menjadi idaman setiap KRT


KOTA BHARU 26 Ogos - Kerajaan akan mengkaji pemberian elaun kepada anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) seluruh negara sebagai menghargai sumbangan mereka dalam menjaga keselamatan awam di kawasan masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, perkara itu masih belum diputuskan dan jika dipersetujui akan menjadi tambahan kemudahan yang dinikmati setiap anggota SRS selepas kerajaan meluluskan skim insurans kepada mereka sebelum ini.

"Kita akan kaji selanjutnya, oleh kerana mereka jalankan tugas dengan baik, maka kerajaan mengkaji sama ada boleh beri elaun atau tidak. Tetapi perkara pertama, walaupun bekerja secara sukarela setiap kali ada program mereka menjalankan tugas dengan sepenuh hati.

"Kami sedar anggota SRS menjalankan tugas yang cukup baik bukan sahaja menjaga keselamatan dengan pihak keselamatan seperti polis, tetapi mereka juga terlibat membantu pihak berkenaan mengurangkan jenayah yang berlaku di kawasan kampung," katanya dalam Majlis Hari Raya Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pangkal Kuang di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan.

Kurup berkata, terdapat lebih 150,000 anggota peronda SRS di seluruh negara sehingga hari ini manakala jumlah KRT adalah sebanyak 6,300 orang.

Sementara itu, mengulas mengenai kunjungannya ke Kampung Pangkal Kuang, Kurup berkata, beliau mahu melihat sendiri bagaimana KRT berfungsi kerana banyak pihak menimbulkan persoalan tujuan sebenar penubuhannya.

"Di Kelantan terdapat sebanyak 446 KRT dengan jumlah SRS sebanyak 416 orang. Inilah yang saya mahu lihat hari ini sebab ramai orang bertanya apa fungsi mereka dan bersyukurlah apabila saya datang saya lihat sendiri aktiviti mereka.

"Melihat aktiviti mereka di akar umbi saya gembira kerana sedikit sebanyak mendapat bantuan daripada kerajaan dan menjalankan ekonomi, aktiviti yang baik untuk seluruh penduduk setempat," katanya
 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com