Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) DPP

Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP DPP) ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran Sepang bagi membantu persatuan-persatuan penduduk di daerah Sepang berhubung dan mendapat khidmat dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

Di DPP, suatu Mesyuarat bersama Majlis Perbandaran Sepang (MPS) telah diadakan di Dewan MPS Desa Pinggiran Putra pada Jumaat 14 Jun 2013. Seramai 11 wakil penduduk DPP Zon-Zon 1,2,3 dan 4 hadir. MPS diwakili En Mohamad Azif bin Mohamad Aris; Ahli Majlis Pengerusi JPP Zon Pinggiran Putra dan Cik Zahariah Abd Ghani; Setiausaha JPP. Pihak DPPZJ1 diwakili YBhg Dato' Timbalan Pengerusi dan Tuan Setiausaha.

Mesyuarat antara wakil-wakil DPP dengan JPP Majlis Daerah Sepang

YBhg. Dato' Timbalan Pengerusi membangkitkan 3 perkara berkaitan keselamatan yang bertambah baik dengan adanya rondaan Polis dan RELA serta penubuhan SRS. DPP ZJ1 turut meminta agar MPS dapat menyediakan 2 bus stop dan keperluan untuk mengatasi masalah kera liar yang semakin ganas.

Maklumat-maklumat yang disampaikan kepada wakil JPP ini diharapkan dapat menambah baik persekitaran di DPP. Semoga hubungan baik antara DPP dengan wakil JPP ini dapat memberikan manfaat kepada semua penghuni di sini.
 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com