Perkhidmatan Bas

Hasil mesyuarat berterusan antara Jawatankuasa Penduduk dengan Perbadanan Putrajaya, perkhidmatan Bas Nadi Putra ke DPP telah diumumkan pada media pada 3 Januari 2013 disusuli pengumuman oleh Presiden Putrajaya semasa Majlis Makan Malam Tahunan DPP J1 pada 5 Januari 2013.

Gambar YBhg Tan Sri Aseh bergambar bersama Dato' Pengerusi DPP J1 dan sebahagian murid-murid tahfiz dan mudir mereka. Gambar diambil selepas Makan Malam Tahunan DPP J1 pada 5 Januari 2013.

Perkhidmatan Bas Nadi Putra secara rasmi telah dimulakan pada 21 Januari 2013 dengan perkhidmatan seawal jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari dan tambang RM1.00 sehala.

BERITA BERKAITAN :


Aseh Che Mat (tengah) bersalaman dengan Ab. Rahim Md. Junoh selepas mengumumkan pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PAPSB yang baharu di Putrajaya, semalam. 
PUTRAJAYA 4 Jan. - Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn. Bhd. (PAPSB) sedang mempertimbangkan rancangan untuk memperluaskan laluan operasi bas Nadi Putra ke Desa Pinggiran Putra, Dengkil secepat mungkin.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, langkah itu bukan sahaja dapat memberi manfaat keuntungan kepada anak syarikat PPj malah memudahkan pergerakan penduduk di kawasan tersebut ke pusat pentadbiran.

Pada masa sama, beliau turut meminta PAPSB mempertimbangkan cadangan supaya operasi mereka diperluaskan ke kawasan Dengkil, Bangi, Kajang dan Nilai.

"Sehubungan itu, perlaksanaan perkhidmatan perlulah efisien dan pengurusan operasi berada pada tahap yang baik.

"Pengurusan secara lebih teratur ini secara tidak langsung dapat mengurangkan defisit kos operasi bas yang kini mencecah RM62 juta sejak 2007 sehingga 2012," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Pengumuman Pengurusan Baru PAPSB di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan Ir. Ab Rahim Md. Junoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PAPSB yang baharu dalam usaha menjadi syarikat pengangkutan awam yang terbaik di Putrajaya.

Aseh berkata, perbincangan perlu diadakan dengan pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk melaksanakan perluasan operasi tersebut.

Beliau menambah, syarikat perlu melihat kembali laluan-laluan operasi bas Nadi Putra bagi mengelakkan kerugian terus meningkat.

"Laluan-laluan yang tidak banyak penumpang perlu dilihat kembali dan digantikan dengan pengangkutan lain seperti van untuk mengelak pembaziran," katanya.

Sementara itu, beliau menyifatkan langkah penjenamaan semula syarikat itu sebagai suatu tindakan positif ke arah meningkatkan keuntungan syarikat.

Beliau berkata, pihak pengurusan dan semua kakitangan perlu memberi sokongan kepada Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi membolehkan pembaharuan dan penambahbaikan dilaksanakan.

"Pelantikan itu juga dilihat sebagai cara meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pengoperasian anak syarikat PPj ini," katanya.
 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com