Latar Belakang


Penduduk DPP J1 sedang mengikuti program pelancaran Unit Berbasikal SRS KRT DPP Jalan 1.

Desa Pinggiran Putra Jalan 1 (DPP J1) dibangunkan seawal tahun 2001. Pada tahun 2008-2010, beberapa lagi unit Banglo dan Semi D telah didirikan di kawasan perkampungan Limau Manis, Bangi Selangor. Taman ini didiami oleh majoriti orang Melayu - Islam yang ramai bekerja di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor. 

Sebahagian kawasan rumah baru jenis Banglo dan Semi -D di Jalan 1/11 KRT DPPJ1
Terdapat hampir 150 buah unit rumah di kawasan kejiranan ini dengan kira-kira 400 penghuni yang kebanyakannya adalah penghuni tetap. 

AKTIVITI KEMASYARAKATAN
 

Aktiviti Mesyuarat Bulanan AJK dan Penduduk DPP J1 setiap 3 bulan
Beberapa jenis aktiviti dijalankan oleh penduduk kawasan kejiranan ini bagi merapatkan ukhwah sesama jiran. Antara yang paling kerap diadakan adalah aktiviti berbentuk keagamaan seperti solat maghrib, tahlil dan jamuan diikuti dengan solat isyak berjemaah setiap hari Khamis malam Jumaat yang diadakan di Masjid Jamiurrahimah, Kampung Limau Manis. Selain itu, masjid ini turut menganjurkan aktiviti solat Jumaat , kelas  mengaji Quran, kelas fardu ain dan beberapa siri ceramah agama setiap minggu. 

Program rewang di Masjid Jamiurrahmah, Kpg Limau Manis bagi  menyediakan hidangan untuk kenduri Majlis Makan Malam Tahunan DPP J1 pada 5 Januari 2013.
Beberapa aktiviti lain yang turut dilakukan oleh para penghuni kawasan kejiranan ini seperti kenduri-kendara, rumah terbuka hari raya, majlis perkahwinan, rondaan, jogging dan senam robik beramai-ramai, sukan takraw, berbasikal dan sebagainya.

Salah satu Majlis Rumah Terbuka ahli KRT DPP J1 - Platform bagi mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk di kejiranan ini

Acara senam robik warga DPP J1 sempena pelancaran SRS Berbasikal DPP J1 pada 1 Mei 2013 di Taman Permainan I

PROGRAM AKAN DATANG
 
Pihak KRT DPP J1 akan berusaha untuk mewujudkan sebuah Tadika Perpaduan dan sebuah Balai Rondaan SRS di sebidang tanah terbiar yang kini menjadi taman permainan kanak-kanak. Usaha giat sentiasa dilakukan untuk mendaftarkan ahli-ahli kariah DPP J1 ke dalam satu sistem database Persatuan. Justeru ahli-ahli digalakkan untuk menggunakan medium Facebook, Blog, WhatsApp, We Chat, Line, Kokoa Talk, SMS, MMS dan sebagainya untuk berkongsi menyebar maklumat berkaitan DPP J1.

Taman Permainan II yang agak sunyi dan terbiar. Mungkin sesuai ditambah dengan Balai Peronda SRS dan Tadika Perpaduan bagi manfaat penduduk KRT DPP J1


 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com