Fasiliti

Terdapat beberapa fasiliti di kawasan kejiranan DPP iaitu Masjid Jamiurrahman Kpg Limau Manis, Balai Polis Komuniti, pejabat pos mini, 3 buah surau, bengkel motorsikal dan kenderaan, car wash, klinik, kedai runcit, pasar mini, salon, tadika, kelas KAFA, taman-taman permainan, sebuah dewan orang ramai dan sebuah komplek sekolah rendah yang sedang dalam pembinaan. Sebatang lebuhraya juga akan dibina melalui kawasan perkampungan ini bakal menghubungkannya dengan Presint 18, Putrajaya.

Jalan menuju ke DPP dari arah PICC

DPP mudah dihubungi dengan akses lebuhraya 6 lorong iaitu Lebuhraya Persiaran Selatan Putrajaya yang menghubungkan Putrajaya ke Serdang selain ke Sepang dan Cyberjaya serta akses ke Teras Jernang, Bandar Baru Bangi dan Kajang merentasi jalan di perkampungan Sg Merab.

Jalan masuk ke DPP J1
Fasiliti yang lengkap dan kedudukan yang strategik menyebabkan DPP sering menjadi tumpuan kepada orang ramai untuk mencari rumah-rumah sewa sekaligus telah menaikkan nilai hartanah di kawasan ini. Rata-rata kadar sewa rumah di sini adalah melebihi RM600.00 bagi sebuah rumah teres hinggalah mencecah ribuan ringgit bagi sebuah rumah Semi -D atau Banglo.

Salah satu kawasan perumahan Semi-D di DPP J1. Tahun 2009 harganya sekitar RM398,000.00 - RM410,000.00, namun kini harganya mencecah hampir RM700,00.00. Manakala jika hendak disewakan melebihi RM2,000.00 sebulan!
 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com