Persatuan KRT


Sidang Mesyuarat Bil 1/2012 pada Khamis 1 November 2012 telah melantik secara rasmi barisan AJK dan AJKK Persatuan DPP Fasa 1 sesi 2012-2014  

Sebelum penubuhan KRT DPP J1, warga penduduk telah menubuhkan sebuah Persatuan yang tidak berdaftar dikenali sebagai Persatuan Penduduk Desa Pinggiran Putra Fasa 1 (DPP F1). Persatuan ini bergerak dengan menggunakan peruntukkan kewangan sendiri hasil sumbangan dan derma ikhlas warga penduduk untuk menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, skuad rondaan sukarela turut ditubuhkan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman kawasan taman perumahan ini dari kegiatan jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan kecurian.

Selari dengan perkembangan semasa dan dengan adanya pertambahan perumahan penduduk seperti unit-unit Banglo dan Semi-D, maka Pihak Persatuan Penduduk DPP F1 telah berbincang untuk mengaktifkan lagi Persatuan Penduduk ini agar setiap jiran lebih mengenali antara satu sama lain melalui aktiviti kemasyarakatan sekaligus menjaga keselamatan taman perumahan ini.
Sabtu, 20 Oktober 2012 Jawatankuasa lama sesi 2008 - 2012 telah dibubarkan digantikan dengan perlantikan Jawatankuasa Baru 2012 - 2014 yang mula mengadakan Mesyuarat Khas Bil 1/2012 pada Khamis 1 November 2012.   Beberapa Ketua Jawatankuasa diwujudkan bagi melicin dan mengaktifkan lagi Persatuan ini iaitu;

Penaung                   : YBhg Tun Abdul Hamid Mohamed
Penasihat                  : YBhg Dato' Abu Hassan Salleh
Pengerusi                  : Y.Bhg Datuk Seri Ismail Ahmad
Timbalan Pengerusi   : Y.Bhg Dato' Amer Hamzah
Setiausaha Komuniti  : Tuan Shukri Janudin
Penolong Setiausaha  : Puan Zaimilah bt Yusoff
Bendahari                  : Tuan Haji Jamaluddin Rais
Ketua Jiran Wanita    : Y.Bhg Prof Madya Datin Maimunah Sulaiman

Ketua SRS / Keselamatan        : Y.Bhg Dato' Amer Hamzah
AJK Agama dan Kebajikan     : Mejar (B) Abu Hassan Abdul Hamid
AJK Sukan dan Rekreasi         : Tuan Zulkifli Mohamed
AJK Sosial                              : Tuan Haji Yahya Nawar
AJK Logistik dan Kemudahan : Tuan Haji Sukiman Musa
AJK Lanskap dan Seni Taman : Tuan Haji Othman Ramli

Empat (4) orang Ketua Zon
YBhg. Dato’ Mohd Hussien Shafie – Zon Banglo 1
Tn Haji. Sohod Bardiman – Zon Banglo 2
Tn Haji.Ben bin Ghaffar – Zon Banglo 3
Tn Haji. Abd Razak bin Haji Yassin – Zon Semi D

Barisan skuad berbasikal dan rondaan DPP F1 dilancarkan pada Rabu, 1 Mei 2012 sebagai perintis kepada penubuhan Skuad Rondaan Sukarela (SRS) akan datang.
Pihak Persatuan DPP F1 telah menjemput pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Daerah Sepang untuk mengadakan satu taklimat berkaitan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pada Rabu, 2 Januari 2013

Hasilnya dalam Mesyuarat Khas Bil 1/2013 pada Jumaat, 11 Januari 2013 kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mencapai persetujuan untuk menggerakan usaha ke arah penubuhan sebuah KRT dan menukar nama gelaran Desa Pinggiran Putra Fasa 1 (DPP F1) kepada Desa Pinggiran Putra Zon Jalan 1 (DPP ZJ1). Ahli-ahli jawatankuasa juga bersetuju dengan keputusan untuk diserapkan ke dalam AJK KRT kelak 

Melalui keputusan Mesyuarat Khas Bil 2/2013 pada Jumaat 22 Mac 2013, kesemua AJK dan AJKK sekali lagi bersetuju menjadi Jawatankuasa Penaja KRT DPP ZJ1 setelah mendengar penerangan dari pihak JPNIN Selangor. Surat dan borang permohonan telah dihantar ke JPNIN Sepang pada Rabu, 22 Mei 2013. 

JPNIN telah meluluskan permohonan DPP ZJ1 menjadi sebuah KRT bergelar KRT DPP Jalan 1 (KRT DPP J1), Sepang di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 pada 12 Jun 2013 melalui Notis Penetapan bertarikh 14 Jun 2013 dengan nombor pendaftaran: RT10077258.

Surat pengesahan penubuhan KRT DPP J1 dari JPNIN
Sijil Pengesahan dari JPNIN bagi penubuhan KRT DPP J1







Susulan Mesyuarat Khas Bil 3/2013 bertarikh 15 Julai 2013 sebulat suara bersetuju menyerap, menerima  dan mengiktiraf kesemua AJK dan AJKK lantikan Mesyuarat Khas Bil. 1/2012 bertarikh 1 November 2012 menjadi AJK dan AJKK bagi KRT DPP J1. Keputusan ini telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh pihak JPNIN Sepang dan majoriti warga DPP Jalan 1.
 
Sebahagian AJK dan AJKK KRT/SRS DPP J1 Sesi 2012 - 2014. Foto diambil pada 14 November 2013


 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com