![]() |
Tetamu sedang menikmati juadah tersedia |
Majlis ini telah diadakan pada Ahad, 1 September 2013 bertempat di bulatan Jalan 1/6 DPP (Seksyen Banglo) bermula jam 8.00 malam. Hampir 500 orang tetamu hadir memeriahkan majlis tahunan ini yang turut dihadiri tetamu kehormat; Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh bin Haji Che Mat - Presiden Perbadanan Putrajaya.
![]() |
Tetamu Kehormat;YBhg. Tan Sri Dato' Seri Aseh (tengah) diapit oleh YABhg Tun Penaung dan YBhg Datuk Pengerusi dan para AJK KRT DPP J1. |
Tetamu dihiburkan dengan selingan lagu-lagu Aidil Fitri dari band khas. Pada majlis ini juga seramai 40 orang anak-anak yatim telah diberikan duit raya dan goodies. Pelbagai juadah potluck disumbangkan oleh para penduduk disamping menu-menu hari raya terhidang untuk jamuan bersama dinikmati tetamu yang hadir.
![]() |
Sebahagian anak-anak yatim menerima sumbangan duit raya dan goodies dari Tan Sri Dato' Seri Aseh. |
Majlis tamat jam 11.00 malam tanpa hujan. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih pada semua yang hadir memeriahkan majlis tahunan ini. Tahun depan insya Allah KRT DPP J1 akan buat lagi majlis ini.
Foto-foto menarik Majlis Aidil Fitri KRT DPP J1
No comments:
Post a Comment