Program ini diadakan pada Sabtu, 5hb Oktober 2013 bertempat di Jalan 1/1 DPP. Program dihadiri hampir 70 orang jemaah ahli-ahli KRT DPP J1 termasuk pasukan RELA dan PDRM DPP. Program ini merupakan kali keempat dilaksanakan oleh warga penduduk. Kali terakhir ia dilaksanakan pada tahun 2009 yang lalu.
Antara program yang telah dilaksanakan dalam aktiviti ini adalah solat magrib, hajat, isyak berjemaah, doa selamat dan tazkirah.
Sesi tazkirah disampaikan oleh Ustaz Shafie iaitu penceramah dari Masjid Jamiurrahimah Kpg Limau Manis. Majlis berakhir jam 9.45 malam. Jemaah yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah lazat secara potluck sumbangan para jemaah.
![]() |
Poster promo majlis solat hajat dan tahlil. |
Terima kasih kepada semua warga jemaah yang hadir pada program malam ini. Semoga Allah memberkati hajat dan doa kita. Insya Allah.
Foto-foto menarik aktiviti:
No comments:
Post a Comment