Aktiviti SRS kini menjadi semakin meriah dengan penyertaan ramai warga KRT DPP J1. Kini hampir 50 ketua keluarga di taman perumahan ini telah memberikan komitmen jitu terhadap program sukarelawan menjaga keselamatan ini.
Kebanyakkan ketua keluarga mula menunjukkan minat dengan mula membeli pelbagai jenis basikal untuk bersama-sama menjalani aktiviti keselamatan sambil beriadah ini.
Harapan kami agar setiap unit rumah dan keluarga dapat menyertai program yang sihat ini sambil-sambil kita merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama jiran dan pasukan RELA dan Polis demi kesejahteraan taman kita.
 |
Perbincangan antara Datuk Seri Pengerusi dengan Dato' Ketua Pengarah RELA untuk memajukan KRT DPP J1 |
 |
Gabungan mantap SRS dan RELA KRT DPP J1 |
 |
Lawatan anggota SRS ke pos kawalan RELA merupakan rutin rondaan di taman perumahan ini. |
 |
Datuk-Datuk pun sanggup turun berkawal SRS, mengenepikan soal pangkat dan kedudukan demi ukhwah dan keselamatan bersama |
 |
Gabungan mantap SRS - Polis dan RELA menjaga keselamatan KRT DPP J1 |
No comments:
Post a Comment