Majlis Pelancaran Skuad SRS KRT DPP J1 telah berjaya diadakan pada Sabtu,16 November 2013 jam 5.00 petang. Seramai hampir 100 orang peserta terdiri dari warga KRT DPP J1, pihak RELA Gugusan DPP dan Putrajaya serta pihak PDRM Dengkil dan DPP hadir memeriahkan majlis ini.
 |
Proses pendaftaran ahli baru mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan warga KRT DPP J1 |
Majlis dimulakan dengan pendaftaran ahli-ahli SRS yang baru dan
diberikan baju T-Shirt rasmi KRT DPP J1 berwarna merah dan topi cap
putih.
 |
Proses pendaftaran ahli-ahli baru SRS KRT J1 |
Acara seterusnya adalah upacara flag-off pelancaran skuad berbasikal dilancarkan oleh Y.A. Bhg Tun Abdul Hamid Mohamed selaku Penaung Persatuan Penduduk DPP Jalan 1 dengan penyertaan 25 buah anggota SRS berbasikal mengelilingi taman perumahan DPP J1.
 |
Taklimat format rondaan disampaikan oleh YBhg Dato' Timbalan Pengerusi merangkap ketua SRS KRT DPP J1 |
 |
Bersedia untuk acara flaa off SRS KRT DPP J1 |
Y.Bhg Pengerusi KRT DPP J1; Datuk Seri Ismail Ahmad memuji penyertaan ramai peserta dari kalangan warga DPP J1 dan berterima kasih atas sokongan dan kerjasama para anggota RELA dan Polis setempat. Kerjasama erat ini dilakukan bagi memupuk perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan penghuni di samping mendekatkan masyarakat dengan pihak polis dan anggota RELA.
 |
Taklimat disampaikan oleh YBhg Datuk Seri Pengerusi diikuti oleh En Firdaus dari JPNIN Selangor (duduk) selepas itu |
Melalui ucapan dari En Firdaus wakil dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor beliau berharap agar SRS ini dapat dijadikan satu program yang dapat mengeratkan kerjasama di kalangan warga bagi menjaga keselamatan taman perumahan ini. Beliau memuji tindakan pro aktif semua jawatankuasa DPP J1 yang pantas melahirkan KRT dan SRS dalam tempoh yang singkat dan berharap agar SRS KRT DPP J1 terus aktif dan menjadi contoh di masa hadapan.
Majlis tamat pada jam 6.45 petang dengan tetamu dihidangkan dengan jamuan ringan.
Tahniah dan terima kasih buat semua yang hadir. Keselamatan KRT DPP J1 Adalah Tanggungjawab Bersama.
Foto-foto menarik SRS KRT DPP J1
 |
Mesyuarat Khas Bil 5/2013, Khamis, 14 November 2013 bermesyuarat pra pelancaran program SRS |
 |
Acara penyerahan baju T-shirt dan cap rasmi KRT SRS DPP J1 |
 |
Antara sebahagian tenaga penggerak KRT SRS DPP J1 segak bergaya bersama T-shirt dan cap rasmi persatuan. |
 |
Antara barisan skuad SRS KRT DPP J1 yang bersedia meronda malam membantu menjaga keselamatan taman |
 |
Barisan skuad peronda berbasikal segak bergaya menyahut seruan berbakti dalam program SRS |
 |
Acara pelancaran akan bermula |
 |
Bersedia untuk acara pelepasan skuad berbasikal SRS KRT DPP J1 | |
|
|
 |
Acara simbolik rondaan berbasikal tanda pelancaran SRS KRT DPP J1 bermul | a |
 |
Kayuhan skuad SRS KRT J1 sekitar kawasan rondaan |
 |
Kibaran Jalur Gemilang tanda patriotik |
 |
Acara berbasikal tanda perasmian sudah berakhir, berehat untuk mendengar taklimat SRS dari JPNIN Selangor |
 |
Gumbira setelah rondaan selesai |