Mesyuarat Post Mortem Qurban dan Perancangan 2015

Thursday 9 October 2014



Hasil Mesyuarat KRT DPP J1, Khamis 9 Oktober 2014 memutuskan;


1. Aktiviti Qurban Perdana DPP akan diteruskan dengan penambahbaikan dan jumlah qurban dihadkan kepada 10 ekor bagi melicinkan urusan melapah dan memasak. Wang lebihan kutipan akan digunakan untuk membeli peralatan lojistik seperti khemah dengan persetujuan pemberi sumbangan.



2.Program Sambutan Awal Muharram akan diadakan pada Sabtu, 25 Oktober 2014 di Pusat Komuniti KRT DPP J1 dengan solat maghrib dan hajat berjemaah serta ceramah agama. Acara doa akhir tahun Hijrah akan diadakan pada 24 Oktober di masjid Kpg Limau Manis.



3. Program memasak Bubur Assyura akan diadakan pada Ahad 2 November 2014 (9 Muharram) selepas waktu maghrib.



4. Ahli-ahli KRT/SRS yang aktif akan diberikan plat khas untuk ditampal di rumah masing-masing dan akan diberi tumpuan khusus oleh skuad peronda SRS, RELA dan Polis. 



5. Pembinaan gelanggang badminton akan diusahakan untuk menggerakan penyertaan golongan muda di Pusat Komuniti


6.Kelas mengaji Quran bakal diwujudkan bagi mengimarahkan Pusat Komuniti untuk Tunas Muda.



7.Beberapa program untuk tahun 2015 akan dijalankan sepanjang tahun dengan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan.

Foto-foto menarik:




Majlis Qurban Perdana KRT DPP Jalan 1 Tahun 2014 Meriah Giler....


Pada Ahad 5 Oktober 2014, Majlis Qurban Perdana KRT DPP Jalan 1 telah diadakan di Pusat Komuniti DPP Jalan 1. Sebanyak 10 ekor lembu berjaya dilapah, dijadikan juadah sup dan disedekahkan kepada warga dan tetangga DPP. 

Syukur lebih 150 warga terlibat terdiri dari Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Warga Emas dan Tunas Jiran.

Para penyembelih terdiri dari warga KRT DPP J1 sendiri yang memiliki sijil pemyembelihan dari JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) 

Diharapkan majlis ini dapat mengeratkat perpaduan dan mengukuhkan ukhwah silaturrahim, Insya Allah. 

Foto-foto menarik;

Mesyuarat Pra Qurban pada malam 3 Oktober 
Mesyuarat Jiran Wanita pada malam 3 Oktober untuk memasak hari Qurban nanti  
Acara memasang khemah pada petang 4 Oktober 2014 








Karnival Usahawan Cilik DPP Jalan 1/11.


Pada Ahad 28 September 2014 Karnival Usahawan Cilik DPP 1/11 telah diadakan. Alhamdulillah 10 keluarga dan anak-anak DPP 1/11 (Fasa Semi -D) turut serta menjual pelbagai juadah, minuman, kraftangan kreativiti sendiri dsbnya. 

Dalam program ini anak-anak dilatih berkomunikasi dengan pelanggan dan menguruskan perniagaan serta pendapatan mereka.

Majlis telah diadakan di rumah Tuan Setiausaha KRT DPP Jalan 1/11. Selesai majlis jamuan laksa Kedah dihidangkan kepada semua para peserta. Acara tamat jam 7.30 malam.

Acara ini diadakan pertama kali dan akan dijadikan acara bulanan dan terbuka pada ahli-ahli KRT DPP J1. 

Turut memberi sumbangan berupa goodies adalah wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga yang juga penduduk di kawasan ini.

Foto-foto menarik;






 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com