Pembinaan Pos Kawalan SRS KRT DPP J1 berjalan lancar

Thursday 16 January 2014

Pembinaan tapak pondok kawalan sedang giat dijalankan
Syukur Alhamdulillah impian warga komuniti KRT DPP J1 untuk memiliki sebuah pondok kawalan keselamatan di taman perumahan ini akhirnya terlaksana apabila tapak telah dibersihkan untuk tujuan pembinaan tersebut.

Impian ini adalah hasil kesepakatan semua Ahli Jawatankuasa dan warga penduduk untuk mendapatkan sebuah pos kawalan yang boleh dijadikan tempat untuk ahli-ahli komuniti berkumpul dan bermesyuarat disamping sebagai pusat kawalan bersepadu (command centre) SRS-RELA dan PDRM.

Pondok kawalan lama yang akan ditransformasikan menjadi lebih ceria kelak




Insya Allah dengan adanya Pos Kawalan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan persahabatan di kalangan ahli-ahli komuniti KRT DPP J1. 

Terima kasih dari kami para warga KRT/SRS DPP J1 kepada pihak Jabatan RELA Malaysia di atas sumbangan sentuhan kasih ini terutamanya kepada Ketua Pengarah RELA Malaysia, Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Semoga sumbangan ini akan merapatkan lagi kerjasama di antara pihak KRT DPP J1 dengan RELA Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sesuai dengan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) sepertimana yang disarankan kepada semua Jabatan, Agensi dan Kementerian kerajaan di Malaysia.

   


 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com