Aktiviti November KRT/SRS DPP Jalan 1 tetap meriah

Sunday 30 November 2014

Mesyuarat penubuhan kelas mengaji Al Quran Tunas Jiran Muda KRT/SRS DPP Jalan 1 pada 3 November 2014


Kelas mengaji Al Quran bermula malam 10 November 2014 dengan 2 tenaga pengajar.




Mesyuarat Bil 7/2014 Penyelarasan Program dan Aktiviti November 2014 KRT DPP Jalan 1 pada malam 28 Nov 2014



Rombongan Jawatankuasa dan Warga KRT SRS DPP Jalan 1 ke Tasik Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya pada petang 29 Nov. 2014



Program Kem Remaja Islam di Masjid Jamiurrahimah Kpg Limau Manis, Sepang



Alhamdulillah KRT SRS DPP Jalan 1 sentiasa meriah. Terima kasih atas penglibatan semua pihak.

Mesyuarat Post Mortem Qurban dan Perancangan 2015

Thursday 9 October 2014



Hasil Mesyuarat KRT DPP J1, Khamis 9 Oktober 2014 memutuskan;


1. Aktiviti Qurban Perdana DPP akan diteruskan dengan penambahbaikan dan jumlah qurban dihadkan kepada 10 ekor bagi melicinkan urusan melapah dan memasak. Wang lebihan kutipan akan digunakan untuk membeli peralatan lojistik seperti khemah dengan persetujuan pemberi sumbangan.



2.Program Sambutan Awal Muharram akan diadakan pada Sabtu, 25 Oktober 2014 di Pusat Komuniti KRT DPP J1 dengan solat maghrib dan hajat berjemaah serta ceramah agama. Acara doa akhir tahun Hijrah akan diadakan pada 24 Oktober di masjid Kpg Limau Manis.



3. Program memasak Bubur Assyura akan diadakan pada Ahad 2 November 2014 (9 Muharram) selepas waktu maghrib.



4. Ahli-ahli KRT/SRS yang aktif akan diberikan plat khas untuk ditampal di rumah masing-masing dan akan diberi tumpuan khusus oleh skuad peronda SRS, RELA dan Polis. 



5. Pembinaan gelanggang badminton akan diusahakan untuk menggerakan penyertaan golongan muda di Pusat Komuniti


6.Kelas mengaji Quran bakal diwujudkan bagi mengimarahkan Pusat Komuniti untuk Tunas Muda.



7.Beberapa program untuk tahun 2015 akan dijalankan sepanjang tahun dengan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan.

Foto-foto menarik:




Majlis Qurban Perdana KRT DPP Jalan 1 Tahun 2014 Meriah Giler....


Pada Ahad 5 Oktober 2014, Majlis Qurban Perdana KRT DPP Jalan 1 telah diadakan di Pusat Komuniti DPP Jalan 1. Sebanyak 10 ekor lembu berjaya dilapah, dijadikan juadah sup dan disedekahkan kepada warga dan tetangga DPP. 

Syukur lebih 150 warga terlibat terdiri dari Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Warga Emas dan Tunas Jiran.

Para penyembelih terdiri dari warga KRT DPP J1 sendiri yang memiliki sijil pemyembelihan dari JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) 

Diharapkan majlis ini dapat mengeratkat perpaduan dan mengukuhkan ukhwah silaturrahim, Insya Allah. 

Foto-foto menarik;

Mesyuarat Pra Qurban pada malam 3 Oktober 
Mesyuarat Jiran Wanita pada malam 3 Oktober untuk memasak hari Qurban nanti  
Acara memasang khemah pada petang 4 Oktober 2014 








Karnival Usahawan Cilik DPP Jalan 1/11.


Pada Ahad 28 September 2014 Karnival Usahawan Cilik DPP 1/11 telah diadakan. Alhamdulillah 10 keluarga dan anak-anak DPP 1/11 (Fasa Semi -D) turut serta menjual pelbagai juadah, minuman, kraftangan kreativiti sendiri dsbnya. 

Dalam program ini anak-anak dilatih berkomunikasi dengan pelanggan dan menguruskan perniagaan serta pendapatan mereka.

Majlis telah diadakan di rumah Tuan Setiausaha KRT DPP Jalan 1/11. Selesai majlis jamuan laksa Kedah dihidangkan kepada semua para peserta. Acara tamat jam 7.30 malam.

Acara ini diadakan pertama kali dan akan dijadikan acara bulanan dan terbuka pada ahli-ahli KRT DPP J1. 

Turut memberi sumbangan berupa goodies adalah wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga yang juga penduduk di kawasan ini.

Foto-foto menarik;






MALAM AIDIL FITRI 2014 MERIAH.

Monday 25 August 2014


Pada malam 24 Ogos 2014 lalu, lebih 350 tetamu terdiri dari warga KRT /SRS DPP Jalan 1 dan sahabat-sahabat dari RELA dan PDRM DPP menghadiri Majlis Aidil Fitri DPP J1.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah potluck dan masakan secara gotong royong. Antara yang menjadi tumpuan ramai ialah sup kambing, BBQ kambing,Nasi Biryani, buah-buahan segar dan kuih muih.

Majlis dimulakan dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w diikuti dengan ucapan oleh YBhg Dato' Seri Pengerusi yang mengucapkan tahniah dan terima kasih atas semangat perpaduan dan gotong royong yang ditunjukkan oleh warga DPP J1.

Turut memeriahkan majlis ini adalah Dato' Seri Muhammad Zain, Penasihat Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri.

Majlis selesai dengan upacara mengemas kembali khemah dan peralatan hidangan oleh warga KRT DPP Jalan 1.






Promo Majlis Aidil Fitri KRT SRS DPP J1

Monday 11 August 2014


MAJLIS MAKAN MALAM KRT DPP J1 MERIAH


Majlis Makan Malam KRT/SRS telah diadakan pada 15 Jun 2014 bertempat di perkarangan Pusat Komuniti KRT/SRS/RELA/PDRM Desa Pinggiran Putra Jalan 1.

Majlis dihadiri oleh kira-kira 500 orang tetamu dan telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr.Aseh bin Hj. Che Mat; Presiden Perbadanan Putrajaya. turut menghadiri majlis ini adalah YABhg Tun Abdul Hamid Mohammed selaku Penaung DPP J1, Tan Sri Abdullah Mohd Zin (mantan Menteri di JPM), Datuk Mustafa Ibrahim (Ketua Pengarah RELA) dan tetamu-tetamu kehormat dari Majlis Perbandaran Sepang, Kajang, Putrajaya, JPNIN, PDRM, RELA, JPJ dan ramai lagi.

Sambutan ini dimeriahkan dengan pameran statik dari JPNIN, RELA dan PDRM pada sebelah paginya diiringi dengan gotong royong memasak juadah oleh warga KRT dan RELA.

Kawad gabungan RELA DPP, Sepang, Putrajaya dan Melaka

Acara malam dimeriahkan dengan kawad hormat RELA dan pelancaran skuad SRS KRT bergabung dengan RELA serta persembahan pancaragam dari RELA Sg Udang,Melaka.

Acara berakhir dengan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim dan tahfiz sekitar Sepang.

Foto-foto menarik;
Skuad Jiran Muda KRT DPP J1 memindahkan khemah-khemah 

Acara menyusun khemah oleh Jiran Muda KRT
Jiran Muda KRT DPP J1 bertungkus lumus mengatur hidangan
Jiran Wanita sibuk memasak didapur

Kaunter JPJ mendapat sambutan hangat dari warga penduduk untuk menukar kad lesen baru dan periksa saman
Kaunter dibuka hingga petang dengan lebih 150 pelanggan berurusan.
Acara rewang 2 ekor lembu ditumbangkan
Anggota RELA Wanita Putrajaya dan Sepang bergabung tenaga dengan warga KRT DPP memasak juadah makan malam
Jiran Wanita KRT DPP J1 turut menyediakan menu masakan
Jiran Orang Lama dan Otai KRT DPPJ1 melapah dan memotong daging
Pameran Statik Skuad Kembara RELA turut mengambil bahagian
Anggota RELA bersantai selepas penat menyusun kerusi meja
Skuad SRS dan RELA KRT DPP turut mengambil bahagian perarakan
Skuad RELA berbaris untuk kawad hormat menyambut VVIP














 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com