Akan Datang...Majlis Makan Malam Tahunan 2014 KRT DPP J1

Sunday 6 April 2014


Hasil Mesyuarat Kecil Penyelarasan pada Jumaat 4 April 2014 lalu, ahli mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa;

1. Majlis Makan Malam Tahunan akan diadakan pada Ahad, 11 Mei 2014 serentak dengan upacara perasmian Pusat Komuniti KRT/SRS DPP Jalan 1 dan Pusat Khidmat Komuniti RELA DPP.

2. Majlis Pelancaran Skuad Muda JPJ dan penyerahan 2 buah motorsikal untuk perkhidmatan SRS KRT DPP J1 ditaja oleh JPJ Putrajaya.

3. Perasmian oleh Tan Sri Dato' Seri Aseh bin Hj. Che Mat - Pengerusi Perbadanan Putrajaya disertai undangan para tetamu kehormatan dari Jabatan RELA, JPNIN, PDRM, Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), agensi-agensi kerajaan berkenaan serta warga penduduk dan ahli kariah masjid Jamiur Rahimah Kpg Limau Manis.

4. Majlis diserikan dengan sumbangan dan derma kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.

5. Acara memasak, menyediakan makanan dan mendirikan khemah dilakukan secara gotong royong oleh ahli-ahli KRT DPP J1. Ahli-ahli boleh membuat sumbangan secara ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut.

6. Persembahan kebudayaan akan menghiburkan tetamu majlis makan malam tersebut.   

Foto-foto sekitar mesyuarat;




Pos Kawalan kini jadi Pusat Komuniti KRT SRS DPP J1

Saturday 5 April 2014



Setelah sekian lama melakukan gotong royong maka hari ini warga KRT SRS DPP J1 boleh berbangga apabila hasil derma ikhlas mereka terdirilah Pusat Komuniti KRT SRS DPP J1.

Pusat Komuniti ni terletak bersebelahan dengan Pusat Khidmat Komuniti Jabatan RELA Malaysia DPP yang telah diterima kuncinya dari pihak RELA pada 7 Februari 2014 lalu.

Pusat Komuniti KRT DPP J1 kini terus mendapat sumbangan para ahli dan pembaikan demi pembaikan dapat dilakukan dengan jayanya. 

Lawatan dari KP RELA Malaysia bersama pimpinan tertinggi RELA ke Pusat Komuniti RELA DPP
pada 31 Mac 2014 lalu

Mesyuarat pertama di Pusat Komuniti KRT SRS DPP J1 pada 17 Februari 2014

Pondok terbuka dibina dengan hasil sumbangan para warga dan sahabat DPP J1

Gotong Royong Perdana 22 Februari 2014



Ahli-ahli SRS sedang berkumpul dan berbincang sebelum mengadakan rondaan
Tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua penderma dan tenaga kerja yang menjayakan usaha membangunkan Pusat Komuniti KRT SRS DPP J1 dan Pusat Khidmat Komuniti RELA DPP J1 ini. Semoga Allah s.w.t memberkati amalan saudara-saudara semua.
 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com