Mesyuarat Khas AJK Persiapan Majlis Qurban 2013

Monday 23 September 2013

Sebahagian ahli Mesyuarat KRT DPP J1 dalam taklimat khas Majlis Qurban KRT DPP J1 2013.

Keputusan Mesyuarat Khas AJK KRT DPP J1 Ahad, 22 Sept. 2013 berkaitan Majlis Qurban 2013 KRT DPP J1;

1.Majlis Qurban KRT DPP J1 akan diadakan pada Selasa 15 Okt. 2013 jam 9.00 pagi selepas solat Aidil Adha hingga jam 2.00 petang bertempat di Dataran Qurban Jalan 1/5. Majlis akad qurban peserta/wakil akan diadakan. Warga DPP yang menyertainya boleh membayar wang Qurban tersebut pada Bendahari melalui akaun rasmi KRT DPP J1.

2. Semua warga KRT DPP J1 di minta memeriahkan majlis qurban ini dengan membawa pisau pemotong daging, pengasah dan landas untuk proses melapah, memotong daging dan memasak sup. 6 ekor lembu akan diqurbankan tahun ini dan dagingnya akan diagih-agihkan pada warga.

3. Khemah untuk majlis qurban ini akan dipasang pada Ahad, 13 Oktober 2013 jam 9.30 pagi di Dataran Qurban tersebut. Ahli-ahli KRT DPP J1 yang berkelapangan diminta hadir membantu.

Majlis Sambutan Aidil Fitri KRT DPP J1

Monday 2 September 2013

Tetamu sedang menikmati juadah tersedia
Majlis ini telah diadakan pada Ahad, 1 September 2013 bertempat di bulatan Jalan 1/6 DPP (Seksyen Banglo) bermula jam 8.00 malam. Hampir 500 orang tetamu hadir memeriahkan majlis tahunan ini yang turut dihadiri tetamu kehormat; Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh bin Haji Che Mat - Presiden Perbadanan Putrajaya.

Tetamu Kehormat;YBhg. Tan Sri Dato' Seri Aseh (tengah) diapit oleh YABhg Tun Penaung dan YBhg Datuk Pengerusi dan para AJK KRT DPP J1.


Tetamu dihiburkan dengan selingan lagu-lagu Aidil Fitri dari band khas. Pada majlis ini juga seramai 40 orang anak-anak yatim telah diberikan duit raya dan goodies. Pelbagai juadah potluck disumbangkan oleh para penduduk disamping menu-menu hari raya terhidang untuk jamuan bersama dinikmati tetamu yang hadir. 


Sebahagian anak-anak yatim menerima sumbangan duit raya dan goodies dari Tan Sri Dato' Seri Aseh. 

Majlis tamat jam 11.00 malam tanpa hujan. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih pada semua yang hadir memeriahkan majlis tahunan ini. Tahun depan insya Allah KRT DPP J1 akan buat lagi majlis ini.

Foto-foto menarik Majlis Aidil Fitri KRT DPP J1







 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com