SRS Semakin Mengganas!!!

Wednesday 25 December 2013


Aktiviti SRS kini menjadi semakin meriah dengan penyertaan ramai warga KRT DPP J1. Kini hampir 50 ketua keluarga di taman perumahan ini telah memberikan komitmen jitu terhadap program sukarelawan menjaga keselamatan ini. 

Kebanyakkan ketua keluarga mula menunjukkan minat dengan mula membeli pelbagai jenis basikal untuk bersama-sama menjalani aktiviti keselamatan sambil beriadah ini. 

Harapan kami agar setiap unit rumah dan keluarga dapat menyertai program yang sihat ini sambil-sambil kita merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama jiran dan pasukan RELA dan Polis demi kesejahteraan taman kita.

Perbincangan antara Datuk Seri Pengerusi dengan Dato' Ketua Pengarah RELA untuk memajukan KRT DPP J1 

Gabungan mantap SRS dan RELA KRT DPP J1

Lawatan anggota SRS ke pos kawalan RELA merupakan rutin rondaan di taman perumahan ini. 

Datuk-Datuk pun sanggup turun berkawal SRS, mengenepikan soal pangkat dan kedudukan demi ukhwah dan keselamatan bersama

Gabungan mantap SRS - Polis dan RELA menjaga keselamatan KRT DPP J1


Rondaan SRS KRT DPP J1 Sesi Petang

Sunday 1 December 2013


Sesi kawalan berbasikal SRS di kejiranan KRT DPP J1 turut dilakukan pada sebelah petang. Sesi kawalan ini turut mendapat sokongan dan bantuan dari pihak RELA dan PDRM Gugusan DPP, Kpg Limau Manis dan Dengkil.


Team SRS KRT DPP J1 turut mengadakan kunjungan mesra ke rumah Y.Bhg Datuk Ketua Pengarah RELA yang juga merupakan penghuni KRT DPP J1.

Anggota SRS berfoto bersama KP RELA semasa sesi rondaan petang
Anggota SRS berfoto bersama YBhg KP RELA

Sesi kunjungan hormat ke kediaman Y.Bhg KP RELA 
Pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara pihak SRS KRT DPP J1 dengan pihak RELA dalam usaha menjaga keselamatan kawasan kejiranan ini. 

Insya Allah dengan adanya pertambahan keanggotaan SRS maka sesi rondaan sambil beriadah akan datang ini nati akan bertambah meriah lagi.

Foto-foto menarik sekitar rondaan SRS




Santai selepas meronda
Santai dan menikmati potluck selepas sesi rondaan 

Sesi rondaan ahli SRS di setiap kawasan kejiranan
 
Rondaan SRS beramai-ramai sambil beriadah di petang hari
 

Rondaan SRS KRT DPP J1 sudah bermula...

Monday 18 November 2013

Antara barisan skuad peronda perintis berbasikal SRS KRT DPP J1 yang bertugas
Malam Ahad 17 November 2013 bermulalah detik bersejarah apabila skuad peronda SRS KRT DPP J1 memulakan operasinya meronda dan menjaga keselamatan kejiranan di taman perumahan ini. Buat sementara waktu, pihak peronda terdiri dari 4 orang anggota dengan diiringi seorang pegawai polis dan seorang anggota RELA menjadikan semuanya 6 orang berkawal setiap sesi giliran setiap minggu.
 
Rondaan bersepadu ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat di kalangan warga dengan pihak keselamatan Polis dan RELA. Ini merupakan salah satu strategi lautan biru yang cuba diterapkan oleh barisan kepimpinan KRT DPP J1 demi menjaga keselamatan setempat. Selain dapat berekreasi dan bersantai di malam hari, aktiviti SRS ini juga dapat menyatupadukan warga penduduk.
 
Pihak SRS KRT DPP J1 akan sentiasa mengikuti Standard Operation Procedure (S.O.P) kawalan dan rondaan sepertimana yang ditetapkan oleh pihak JPNIN. Antaranya mengadakan sesi taklimat keselamatan sebelum operasi meronda, pemakaian uniform dan peralatan rasmi SRS yang dibekalkan, kaedah kawalan, pelaporan keselamatan serta pematuhan terhadap bidang-bidang kuasa anggota SRS.    
 
Alhamdulillah dengan adanya kawalan yang ketat, tiada insiden keselamatan di kawasan perumahan KRT DPP J1 setakat ini. Semuanya berkat kerjasama bersepadu warga penduduk, Polis, RELA dan SRS.  
 
Justeru pihak warga KRT / SRS DPP J1 ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama JPNIN, Polis dan RELA di atas bantuan yang diberikan.
 

Anggota SRS KRT DPP bersemangat untuk meronda

Majlis Pelancaran SRS KRT DPP J1

Saturday 16 November 2013


Majlis Pelancaran Skuad SRS KRT DPP J1 telah berjaya diadakan pada Sabtu,16 November 2013 jam 5.00 petang. Seramai hampir 100 orang peserta terdiri dari warga KRT DPP J1, pihak RELA Gugusan DPP dan Putrajaya serta pihak PDRM Dengkil dan DPP hadir memeriahkan majlis ini.
 
Proses pendaftaran ahli baru mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan warga KRT DPP J1

Majlis dimulakan dengan pendaftaran ahli-ahli SRS yang baru dan diberikan baju T-Shirt rasmi KRT DPP J1 berwarna merah dan topi cap putih.

Proses pendaftaran ahli-ahli baru SRS KRT J1

Acara seterusnya adalah upacara flag-off pelancaran skuad berbasikal dilancarkan oleh Y.A. Bhg Tun Abdul Hamid Mohamed selaku Penaung Persatuan Penduduk DPP Jalan 1 dengan penyertaan 25 buah anggota SRS berbasikal mengelilingi taman perumahan DPP J1.

Taklimat format rondaan disampaikan oleh YBhg Dato' Timbalan Pengerusi merangkap ketua SRS KRT DPP J1

Bersedia untuk acara flaa off SRS KRT DPP J1
Y.Bhg Pengerusi KRT DPP J1; Datuk Seri Ismail Ahmad memuji penyertaan ramai peserta dari kalangan warga DPP J1 dan berterima kasih atas sokongan dan kerjasama para anggota RELA dan Polis setempat. Kerjasama erat ini dilakukan bagi memupuk perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan penghuni di samping mendekatkan masyarakat dengan pihak polis dan anggota RELA. 

Taklimat disampaikan oleh YBhg Datuk Seri Pengerusi diikuti oleh En Firdaus dari JPNIN Selangor (duduk) selepas itu

Melalui ucapan dari En Firdaus wakil dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor beliau berharap agar SRS ini dapat dijadikan satu program yang dapat mengeratkan kerjasama di kalangan warga bagi menjaga keselamatan taman perumahan ini. Beliau memuji tindakan pro aktif semua jawatankuasa DPP J1 yang pantas melahirkan KRT dan SRS dalam tempoh yang singkat dan berharap agar SRS KRT DPP J1 terus aktif dan menjadi contoh di masa hadapan.

Majlis tamat pada jam 6.45 petang dengan tetamu dihidangkan dengan jamuan ringan. 

Tahniah dan terima kasih buat semua yang hadir.  Keselamatan KRT DPP J1 Adalah Tanggungjawab Bersama.

Foto-foto menarik SRS KRT DPP J1

Mesyuarat Khas Bil 5/2013, Khamis, 14 November 2013 bermesyuarat pra pelancaran program SRS
Acara penyerahan baju T-shirt dan cap rasmi KRT SRS DPP J1
Antara sebahagian tenaga penggerak KRT SRS DPP J1 segak bergaya bersama T-shirt dan cap rasmi persatuan.
Antara barisan skuad SRS KRT DPP J1 yang bersedia meronda malam membantu menjaga keselamatan taman
Barisan skuad peronda berbasikal segak bergaya menyahut seruan berbakti dalam program SRS


Acara pelancaran akan bermula
 
Bersedia untuk acara pelepasan skuad berbasikal SRS KRT DPP J1

Acara simbolik rondaan berbasikal tanda pelancaran SRS KRT DPP J1 bermula
 
Kayuhan skuad SRS KRT J1 sekitar kawasan rondaan

Kibaran Jalur Gemilang tanda patriotik

Acara berbasikal tanda perasmian sudah berakhir, berehat untuk mendengar taklimat SRS dari JPNIN Selangor
 
Gumbira setelah rondaan selesai









 

 

Promo Hari Berbasikal KRT DPPJ1

Friday 8 November 2013



Syukur Alhamdulillah penubuhan SRS KRT DPPJ1 telah diluluskan oleh JPNIN pada 29 Oktober 2013 lalu. Justeru satu Mesyuarat Khas KRT DPP J1 akan diadakan pada ketentuan berikut;

Hari     : Khamis
Tarikh  : 14 November 2013
Masa    : 9.00 malam
Tempat:  Rumah YBhg Dato' Seri Pengerusi
Agenda: Membincangkan Persiapan Hari Pelancaran SRS KRT DPP J1 pada Sabtu, 16 November 2013.


Semua AJK, AJKK KRT DPPJ1 diwajibkan hadir. Kehadiran adalah bersama pasangan masing-masing.

Majlis Qurban Aidil Adha KRT DPP J1 1434H

Tuesday 15 October 2013


KRT DPP J1 berjaya meneruskan tradisi tahunan menyambut kedatangan Hari Raya Qurban dengan mengadakan takbir raya dari rumah ke rumah pada malam raya Isnin, 14 Oktober 2013. Acara ini dilakukan selepas solat Isyak dengan tetamu dihidangkan pelbagai juadah makanan selepas acara tersebut. 

Acara tradisi takbir raya disalah sebuah rumah warga KRT DPP J1 diteruskan dengan mesyuarat khas penubuhan SRS KRT DPP J1

Pada malam tersebut juga pihak Jawatankuasa KRT DPP J1 telah mengadakan Mesyuarat Bil 4/2013 bagi memaklumkan penubuhan program Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT DPP J1. Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju dengan penubuhan SRS tersebut bagi menjaga keselamatan taman dan merapatkan ukhwah di kalangan penduduk.

Majlis sembelihan qurban sedang dilaksanakan dengan bantuan warga penduduk KRT DPP J1
Keesokan harinya selepas solat sunat Aidil Adha, para penduduk telah berkumpul di Dataran Qurban DPP J1 di Jalan 1/5. Seramai 42 orang peserta atau 6 ekor lembu telah berjaya diqurbankan dan dilapah bersama. 

Proses melapah dan memotong daging qurban sedang dijalankan oleh belia-belia KRT DPP J1

Lebih 150 orang warga penduduk menyertai program tradisi ini dan dihidangkan dengan juadah sup tulang yang menyelerakan. Di samping itu juga para warga telah bermurah hati membawa pelbagai juadah potluck untuk jamuan bersama. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi berakhir pada jam 1.30 petang.  

Penyediaan sup tulang power sedang dimasak oleh chef-chef KRT DPP J1 yang berpengalaman
Foto-foto menarik;






 




 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com