PROMO MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN DAN PERASMIAN PUSAT KHIDMAT KOMUNITI KRT DPP J1

Friday 13 June 2014



Syukur Alhamdulillah Majlis Makan Malam Tahunan KRT DPP J1 bakal diadakan pada Ahad 15 Jun 2014 ini. Program tahunan ini dirancang oleh pihak Jawatankuasa KRT DPP J1 bagi mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk kejiranan ini di samping mengukuhkan hubungan antara warga DPP dan Kampung Limau Manis, Sg Merab.

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan menggalakkan dari warga penduduk dan agensi-agensi kerajaan yang sanggup menderma dan menaja peralatan seperti khemah, makan minum, pameran, pertunjukkan dan sebagainya.

Inilah semangat kejiranan dan kesukarelawan yang KRT DPP J1 terapkan untuk mengukuhkan perpaduan dan silaturahim di kalangan warga penduduk dan agensi kerajaaan Negeri dan Pusat.  Insya Allah semoga majlis ini diberkati Allah swt.
 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com