Majlis Qurban Aidil Adha KRT DPP J1 1434H

Tuesday 15 October 2013


KRT DPP J1 berjaya meneruskan tradisi tahunan menyambut kedatangan Hari Raya Qurban dengan mengadakan takbir raya dari rumah ke rumah pada malam raya Isnin, 14 Oktober 2013. Acara ini dilakukan selepas solat Isyak dengan tetamu dihidangkan pelbagai juadah makanan selepas acara tersebut. 

Acara tradisi takbir raya disalah sebuah rumah warga KRT DPP J1 diteruskan dengan mesyuarat khas penubuhan SRS KRT DPP J1

Pada malam tersebut juga pihak Jawatankuasa KRT DPP J1 telah mengadakan Mesyuarat Bil 4/2013 bagi memaklumkan penubuhan program Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT DPP J1. Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju dengan penubuhan SRS tersebut bagi menjaga keselamatan taman dan merapatkan ukhwah di kalangan penduduk.

Majlis sembelihan qurban sedang dilaksanakan dengan bantuan warga penduduk KRT DPP J1
Keesokan harinya selepas solat sunat Aidil Adha, para penduduk telah berkumpul di Dataran Qurban DPP J1 di Jalan 1/5. Seramai 42 orang peserta atau 6 ekor lembu telah berjaya diqurbankan dan dilapah bersama. 

Proses melapah dan memotong daging qurban sedang dijalankan oleh belia-belia KRT DPP J1

Lebih 150 orang warga penduduk menyertai program tradisi ini dan dihidangkan dengan juadah sup tulang yang menyelerakan. Di samping itu juga para warga telah bermurah hati membawa pelbagai juadah potluck untuk jamuan bersama. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi berakhir pada jam 1.30 petang.  

Penyediaan sup tulang power sedang dimasak oleh chef-chef KRT DPP J1 yang berpengalaman
Foto-foto menarik;






 




Program Solat Hajat dan Doa Selamat KRT DPP J1

Sunday 6 October 2013



Program ini diadakan pada Sabtu,  5hb Oktober 2013 bertempat di Jalan 1/1 DPP. Program dihadiri hampir 70 orang jemaah ahli-ahli KRT DPP J1 termasuk pasukan RELA dan PDRM DPP. Program ini merupakan kali keempat dilaksanakan oleh warga penduduk. Kali terakhir ia dilaksanakan pada tahun 2009 yang lalu.




Antara program yang telah dilaksanakan dalam aktiviti ini adalah solat magrib, hajat, isyak berjemaah, doa selamat dan tazkirah.



Sesi tazkirah disampaikan oleh Ustaz Shafie iaitu penceramah dari Masjid Jamiurrahimah Kpg Limau Manis. Majlis berakhir jam 9.45 malam. Jemaah yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah lazat secara potluck sumbangan para jemaah.


Poster promo majlis solat hajat dan tahlil.

Terima kasih kepada semua warga jemaah yang hadir pada program malam ini. Semoga Allah memberkati hajat dan doa kita. Insya Allah.

Foto-foto menarik aktiviti:










 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com