![]() |
Tetamu sedang menunggu majlis berbuka puasa |
Majlis ini diadakan pada Isnin 15 Julai 2013 bersamaan 6 Ramadhan 1434H bertempat di kediaman YBhg Dato' Pengerusi KRT DPP J1. Seramai 50 tetamu terutamanya para AJK dan AJKK bagi KRT DPP J1 memeriahkan program ini yang bermula pada jam 7.00 malam.
![]() |
Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Jawatankuasa KRT DPP J1 |
Tepat jam 7.30 malam tetamu berbuka puasa dengan hidangan pencuci mulut diikuti solat maghrib berjemaah. Para jemaah dihidangkan dengan pelbagai juadah yang disediakan secara potluck oleh Biro Wanita DPP J1 antaranya kueh teow goreng, nasi kebuli kambing, beraneka kuih-muih dan buah-buahan.
Selesai solat tarawikh, satu taklimat ringkas diberikan oleh Y.Bhg Dato' Pengerusi berkaitan kejayaan Persatuan DPP J1 menjadi sebuah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diseliakan dan diberi peruntukkan khas dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Susulan kelulusan tersebut beberapa aktiviti terdekat akan dijalankan antaranya program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Sambutan Kemerdekaan ke 56 dan aktiviti rondaan SRS.
![]() |
Acara Moreh selepas taklimat ringkas |
Pihak Persatuan juga telah menempah baju, topi dan vest khas bagi KRT /SRS yang akan digunakan untuk rondaan berbasikal secara santai di taman perumahan ini nanti. Jadual meronda SRS akan dikeluarkan selepas Aidil Fitri ini. Justeru kami berharap agar ahli-ahli DPP J1 dapat memberikan komitmen untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti Persatuan demi melahirkan jiran sepakat dan saling hormat - menghormati selain menjaga keselamatan taman ini bersama.