![]() |
KRT DPP J1 berjaya meneruskan tradisi tahunan menyambut kedatangan Hari Raya Qurban dengan mengadakan takbir raya dari rumah ke rumah pada malam raya Isnin, 14 Oktober 2013. Acara ini dilakukan selepas solat Isyak dengan tetamu dihidangkan pelbagai juadah makanan selepas acara tersebut.
![]() |
Acara tradisi takbir raya disalah sebuah rumah warga KRT DPP J1 diteruskan dengan mesyuarat khas penubuhan SRS KRT DPP J1 |
Pada malam tersebut juga pihak Jawatankuasa KRT DPP J1 telah mengadakan Mesyuarat Bil 4/2013 bagi memaklumkan penubuhan program Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT DPP J1. Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju dengan penubuhan SRS tersebut bagi menjaga keselamatan taman dan merapatkan ukhwah di kalangan penduduk.
![]() |
Majlis sembelihan qurban sedang dilaksanakan dengan bantuan warga penduduk KRT DPP J1 |
Keesokan harinya selepas solat sunat Aidil Adha, para penduduk telah berkumpul di Dataran Qurban DPP J1 di Jalan 1/5. Seramai 42 orang peserta atau 6 ekor lembu telah berjaya diqurbankan dan dilapah bersama.
![]() |
Proses melapah dan memotong daging qurban sedang dijalankan oleh belia-belia KRT DPP J1 |
Lebih 150 orang warga penduduk menyertai program tradisi ini dan dihidangkan dengan juadah sup tulang yang menyelerakan. Di samping itu juga para warga telah bermurah hati membawa pelbagai juadah potluck untuk jamuan bersama. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi berakhir pada jam 1.30 petang.
![]() |
Penyediaan sup tulang power sedang dimasak oleh chef-chef KRT DPP J1 yang berpengalaman |
Foto-foto menarik;