![]() |
Antara barisan skuad peronda perintis berbasikal SRS KRT DPP J1 yang bertugas |
Malam Ahad 17 November 2013 bermulalah detik bersejarah apabila skuad peronda SRS KRT DPP J1 memulakan operasinya meronda dan menjaga keselamatan kejiranan di taman perumahan ini. Buat sementara waktu, pihak peronda terdiri dari 4 orang anggota dengan diiringi seorang pegawai polis dan seorang anggota RELA menjadikan semuanya 6 orang berkawal setiap sesi giliran setiap minggu.
Rondaan bersepadu ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat di kalangan warga dengan pihak keselamatan Polis dan RELA. Ini merupakan salah satu strategi lautan biru yang cuba diterapkan oleh barisan kepimpinan KRT DPP J1 demi menjaga keselamatan setempat. Selain dapat berekreasi dan bersantai di malam hari, aktiviti SRS ini juga dapat menyatupadukan warga penduduk.
Pihak SRS KRT DPP J1 akan sentiasa mengikuti Standard Operation Procedure (S.O.P) kawalan dan rondaan sepertimana yang ditetapkan oleh pihak JPNIN. Antaranya mengadakan sesi taklimat keselamatan sebelum operasi meronda, pemakaian uniform dan peralatan rasmi SRS yang dibekalkan, kaedah kawalan, pelaporan keselamatan serta pematuhan terhadap bidang-bidang kuasa anggota SRS.
Alhamdulillah dengan adanya kawalan yang ketat, tiada insiden keselamatan di kawasan perumahan KRT DPP J1 setakat ini. Semuanya berkat kerjasama bersepadu warga penduduk, Polis, RELA dan SRS.
Justeru pihak warga KRT / SRS DPP J1 ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama JPNIN, Polis dan RELA di atas bantuan yang diberikan.
![]() |
Anggota SRS KRT DPP bersemangat untuk meronda |