Majlis Makan Malam KRT/SRS telah diadakan pada 15 Jun 2014 bertempat di perkarangan Pusat Komuniti KRT/SRS/RELA/PDRM Desa Pinggiran Putra Jalan 1.
Majlis dihadiri oleh kira-kira 500 orang tetamu dan telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr.Aseh bin Hj. Che Mat; Presiden Perbadanan Putrajaya. turut menghadiri majlis ini adalah YABhg Tun Abdul Hamid Mohammed selaku Penaung DPP J1, Tan Sri Abdullah Mohd Zin (mantan Menteri di JPM), Datuk Mustafa Ibrahim (Ketua Pengarah RELA) dan tetamu-tetamu kehormat dari Majlis Perbandaran Sepang, Kajang, Putrajaya, JPNIN, PDRM, RELA, JPJ dan ramai lagi.
Sambutan ini dimeriahkan dengan pameran statik dari JPNIN, RELA dan PDRM pada sebelah paginya diiringi dengan gotong royong memasak juadah oleh warga KRT dan RELA.
 |
Kawad gabungan RELA DPP, Sepang, Putrajaya dan Melaka |
Acara malam dimeriahkan dengan kawad hormat RELA dan pelancaran skuad SRS KRT bergabung dengan RELA serta persembahan pancaragam dari RELA Sg Udang,Melaka.
Acara berakhir dengan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim dan tahfiz sekitar Sepang.
Foto-foto menarik;
 |
Skuad Jiran Muda KRT DPP J1 memindahkan khemah-khemah |
 |
Acara menyusun khemah oleh Jiran Muda KRT |
 |
Jiran Muda KRT DPP J1 bertungkus lumus mengatur hidangan |
 |
Jiran Wanita sibuk memasak didapur |
 |
Kaunter JPJ mendapat sambutan hangat dari warga penduduk untuk menukar kad lesen baru dan periksa saman |
 |
Kaunter dibuka hingga petang dengan lebih 150 pelanggan berurusan. |
 |
Acara rewang 2 ekor lembu ditumbangkan |
 |
Anggota RELA Wanita Putrajaya dan Sepang bergabung tenaga dengan warga KRT DPP memasak juadah makan malam |
 |
Jiran Wanita KRT DPP J1 turut menyediakan menu masakan |
 |
Jiran Orang Lama dan Otai KRT DPPJ1 melapah dan memotong daging |
 |
Pameran Statik Skuad Kembara RELA turut mengambil bahagian |
 |
Anggota RELA bersantai selepas penat menyusun kerusi meja |
 |
Skuad SRS dan RELA KRT DPP turut mengambil bahagian perarakan |
 |
Skuad RELA berbaris untuk kawad hormat menyambut VVIP |