Akan Datang...Majlis Makan Malam Tahunan 2014 KRT DPP J1

Sunday 6 April 2014


Hasil Mesyuarat Kecil Penyelarasan pada Jumaat 4 April 2014 lalu, ahli mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa;

1. Majlis Makan Malam Tahunan akan diadakan pada Ahad, 11 Mei 2014 serentak dengan upacara perasmian Pusat Komuniti KRT/SRS DPP Jalan 1 dan Pusat Khidmat Komuniti RELA DPP.

2. Majlis Pelancaran Skuad Muda JPJ dan penyerahan 2 buah motorsikal untuk perkhidmatan SRS KRT DPP J1 ditaja oleh JPJ Putrajaya.

3. Perasmian oleh Tan Sri Dato' Seri Aseh bin Hj. Che Mat - Pengerusi Perbadanan Putrajaya disertai undangan para tetamu kehormatan dari Jabatan RELA, JPNIN, PDRM, Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), agensi-agensi kerajaan berkenaan serta warga penduduk dan ahli kariah masjid Jamiur Rahimah Kpg Limau Manis.

4. Majlis diserikan dengan sumbangan dan derma kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.

5. Acara memasak, menyediakan makanan dan mendirikan khemah dilakukan secara gotong royong oleh ahli-ahli KRT DPP J1. Ahli-ahli boleh membuat sumbangan secara ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut.

6. Persembahan kebudayaan akan menghiburkan tetamu majlis makan malam tersebut.   

Foto-foto sekitar mesyuarat;




No comments:

Post a Comment

 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com