PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN MENEMBAK RELA-SRS KRT DPP J1 SIRI 1/2014 MERIAH!

Thursday 8 May 2014


Program Latihan Kemahiran Menembak RELA - SRS KRT DPP Jalan 1 telah berjaya diadakan di Kem Latihan RELA Wilayah Selatan Sg Udang Melaka pada Jumaat-Ahad 2-4 Mei 2014 lalu.

Seramai 38 orang peserta dari anggota komuniti SRS KRT DPP J1 menyertainya. 

Para peserta yang lengkap beruniform Skuad Muda JPJ KRT DPP J1 telah berangkat ke destinasi pada petang Jumaat dengan sebuah bas yang disediakan oleh pihak RELA Putrajaya.   

Tidur diberek berderet-deret
Sampai ke destinasi para peserta menikmati pandangan lapang sasar dan kem RELA yang indah. Teringat nostalgia kami sewaktu berada di dalam pasukan keselamatan dan setengahnya berpengalaman dilatih dengan latihan ala-ala tentera, polis dan bomba dulu. Tidur dalam berek, solat berjemaah dan ambil makanan kena beratur dikantin adalah pengalaman-pengalaman yang indah. 

Petangnya peserta telah menjalankan aktiviti sukan dan riadah bermain sepak takraw, volley ball dan berjogging. Sebelah malamnya semasa acara makan malam, para peserta dihiburkan dengan persembahan dari pasukan RELA antaranya berbentuk nyanyian dan dikir barat. Para peserta juga berpeluang menunjukkan bakat berkaraoke.

Keesokkan paginya, para peserta kacak bergaya dengan uniform celoreng RELA diminta berkawad ringkas. Kemudian para peserta diberi taklimat penggunaan senjata seperti pistol, baretta, M-16, pump gun dilapang sasar. Suasana bingit tembakan bertubi-tubi senjata memang mengkagumkan.


Memang seronok bila menembak ini. Ketagihan yang ditinggalkan oleh sebahagian besar peserta sejak bersara dari perkhidmatan telah menaikkan semangat kami untuk sentiasa menjaga keselamatan negara. Biarpun mengawal SRS tanpa senjata api namun yang penting semangat cintakan tanah air dan berwaspada dengan senjata itu pengajaran yang peserta perolehi.

Para peserta pulang pada pagi 4 Mei dengan meninggalkan pelbagai kenangan indah. Semangat berpasukan dan ukhwah kejiranan akan tetap terjaga di DPP J1. 

Terima kasih Jabatan RELA Putrajaya terutama sekali kepada Datuk Mustafa Ibrahim; KP RELA dan juga semua pasukan RELA Wilayah Selatan atas peluang keemasan yang diberikan ini. Tahun depan kita adakan lagi.

Foto-foto menarik;


Datuk Timbalan Pengerusi sedang memberi taklimat kepada peserta menembak di pondok keselamatan komuniti
SRS KRT DPP J1

Rombangan Che Long Gembira Setaman ke Sg Udang
Acara petang bersukan dan beriadah 

Acara malam berdikir dan berkaraoke


Taklimat oleh Timbalan Pengerusi KRT merangkap Ketua Rombongan SRS KRT DPP J1 

 


Mau main senjata. Kami di KRT SRS DPP J1 dah cuba!

 

2 comments

  1. Tahniah diatas latihan kemahiran menembak rela utk ahli srs dppj1.
    Terima kasih daun keladi di atas menjemput kami dari dpp f3A...

    ReplyDelete
  2. Best 5 Game Casinos: How To Play Free Mobile Games
    For example, Slots Empire apr casino Casino (available for Android and iOS). This slot is an instant-play demo. To learn more about this game and other

    ReplyDelete

 

Waktu Solat

Hubungi Kami

Maklumbalas dan Cadangan

KRT/SRS Desa Pinggiran Putra Jalan 1, Limau Manis, Sg Merab 43000 Kajang Selangor D.E

Email dppsbsdf1@hotmail.com